RGTBHD dilihat bergerak mendatar beberapa hari dagangan yang lalu setelah melakukan kenaikan tertinggi di paras 0.770
Petunjuk EMA pada selang masa harian dilihat menunjukkan pergerakan harga masih lagi cenderung untuk melakukan kenaikan Namun jika diperhatikan lilin pada selang masa harian, terdapat seakan pembentukan corak carta 'double top' yang mengisyaratkan pertukaran arah trend Petunjuk RSI juga dilihat semakin menurun tatkala corak carta 'double top' terhasil menunjukkan kekurangan momentum Petunjuk MACD telah melakukan persilangan, MACD histogram juga dilihat menyokong pergerakan harga menurun tatkala lilin pada hari dagangan terakhir terbentuk Pembetulan harga berkemungkinan berlaku
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih