FauziSaham

Pengumpulan sedang berlangsung di Sasbadi

MYX:SASBADI   SASBADI HOLDINGS BHD
Dengan melihat pada ADL, kelihatan kecenderungan tekanan belian untuk mengatasi tekanan jualan. Ini memberi isyarat awal, kemungkinan rintangan konsolidasi 0.180 bakal ditembusi.

Sekiranya 0.180 berjaya ditembusi, kelihatan untuk menuju ke 0.205 tidak menjadi halangan berat. Namun bermula dari 0.205 akan ada rintangan yang kuat menuju paras 0.230. Ini kerana paras 0.230 merupakan paras yang sarat dengan transaksi sebelum ini. Sekaligus menjadikannya rintangan psikologi yang kuat disamping besar kemungkinan pembeli yang sangkut sekitar paras ini akan mula menjual pegangan mereka.

Untuk menembusi 0.230 memerlukan volume yang kuat.

Sekiranya berjaya dilepasi, ia dijangka menuju 0.275. Dan selepas 0.275, perjalanan kenaikan dijangka akan mula mudah, dengan sedikit rintangan di paras 0.350.
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。