MYX:SEDANIA   SEDANIA INNOVATOR BERHAD
Kaunter bergerak sideways.

Kaunter ini cuma berada dalam range yang sangat dekat iaitu 0.135 hingga 0.185.
Selagi aras rintangan 0.185 tidak dapat dipecahkan, selagi itu akan berada dalam kotak.
Bagi memastikan kita tidak berada di puncak, kita akan lukis kotak bagi kaunter sebegini.

Agak sukar untuk mengajar diri supaya berdisiplin. Itulah sebabnya perlu ada garisan dan catatan pada carta kita sendiri.

Paras harga sekarang adalah 0.155 dan telah berada di atas EMA 200, EMA 50 dan EMA 20.
Paras sokongan yang perlu dijaga adalah 0.135.

Catatan :Tiada sebarang rekomendasi jual atau beli daripada idea ini.
Idea ini adalah sekadar perkongsian untuk kajian dan pembelajaran semata-mata.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。