Ringkasan Sejarah syarikat :
Serba Dinamik adalah kumpulan perkhidmatan tenaga antarabangsa yang menyediakan penyelesaian kejuruteraan kepada O&G dan industri penjanaan tenaga dengan kemudahan operasi di Malaysia, Indonesia, UAE, Bahrain dan UK. Di bawah penyelesaian kejuruteraan, kami menyediakan perkhidmatan O&M dan karya EPCC. Di bawah perkhidmatan O&M, menyediakan MRO peralatan berputar yang merangkumi turbin gas dan wap, enjin, motor, pam, pemampat dan kipas industri; IRM peralatan dan struktur statik termasuk dandang dan saluran tekanan yang tidak siap, sistem dan struktur paip, serta penyelenggaraan kawalan proses dan instrumen. Perkhidmatan O&M kami untuk, platform pengeluaran O&G, kilang minyak mentah O&G, kilang pembuatan petrokimia dan kilang LNG.
(info kredit - Isaham)
Ringkasan Kronologi Harga :
Sejak 6 Febuari 2017 penyenaraian di papan Utama Bursa kual Lumpur . kenaikan harga yang berterusan sehingga pada awal tahun 2020 , walaupun harga minyak sedunia mengalami kemerosotan
nilai setong .. Apabila terdapat berlakunya krisis pandemik covid 19 bermula padal awal tahun 2020 & keseluruhan pasaran dunia & Bursa mengalami kejatuhan panik serta Harga saham Serbadk juga mengalami kejatuhan yang teruk .
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Secara analisa teknikal Gelombang Elliot dengan pengiraan terdapat adanya kes gelombang 5 yang telah membuat sambungan iaitu sambungan gelombang 5 melebihi panjang gelombang 3,
jika terdapat kes sambungan Gelombang ..telah berlakunya penurunan yang tajam dan selepas itu sebenarnya saham Serbadk mendatar dalam bentuk corak Gelombang Pembetulan (correction) iaitu berbentuk Zigzag , Rata (Flat) & Zigzag di sepanjang tahun 2020 dan juga ketika tahun 2021, corak Rata itu juga telah membentuk Corak Kepala & bahu (Head & Shoulder) dengan keseluruahan pembentukan ini juga bahawa Gelombang Pembetulan masih belum berakhir.
di tambah lagi dengan berita yang menjadi sensasi , telah menyebabkan kejatuhan panik yang teruk pada Akhir bulan Mei 2020.
ini adalah pengajaran & pendidikan untuk melihat keadaan tren pasaran semata mata .
Panduan Sambungan Gelombang
1. Berlaku dalam gelombang motif 1, 3, 5.
2. darjah magnitud yang sama
3. Biasanya dalam gelombang 3 atau 5
4. Sambungan gelombang 5 = Pembetulan tajam akan berlaku
5. Pemanjangan sambungan boleh berlaku (Double Extenstion)
(Peringatan - Mohon Risiko & Ganjaran dalam Perdagangan anda
(Trailing Stop Loss)
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
免責聲明
這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在
使用條款閱讀更多資訊。