I.TAWIN sedang melakukan "retracement" setelah ia membuat kenaikan pada bulan Februari 2021. II. Paras harga "resistance" adalah 0.160 dan paras harga "support" adalah 0.145. III. Harga tutup pada 9 Ogos 2021 adalah 0.170 dimana ia telah memecahkan harga "resistance". III. Boleh diperhatikan sekiranya ia kekal berada di atas paras harga 0.160.
2. Penunjuk indikator
I. Moving Average - Telah berada diatas garisan EMA9(biru),MA20(merah) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan ia sedang berada dalam fasa kenaikan. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut. Pada 19 Julai 2021 EMA9 telah bersilang keatas MA20 dengan adanya kenaikan volume dan 9 Ogos MA20 telah bersilang keatas MA50 dengan adanya kenaikan volume. Ini menunjukkan persilangan ini signifikan sebab adanya kenaikan volume.
II. RSI - Menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50 dan sedang menghampiri kawasan "overbought"
III. MACD - Menunjukkan pergerakan keatas dan menunjukkan TAWIN ada momentum yang baik.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.