TOP GLOVE CORPORATION BHD
看多

TOPGLOV masih releven atau tidak?

84
Heikin Ashi mingguan menunjukkan batang lilin merah dengan volume tidak mencapai purata. Anggaran Elliot Wave berkemungkinan masih mencari-cari tapak untuk gelombang ke 2. Fib Retracement pula menunjukkan harga berada pada kawasan 0.382 yang mana masih baik dan tren menaik. TOPGLOV dilihat masih belum ada momentum untuk menolak harga ke paras yang lebih tinggi. Jangkaan unjuran gelombang ke 3 Elliot Wave boleh memecah rintangan sedia ada dan mensasarkan ke harga RM11 disamping memastikan garis sokongan yang kuat pada RM5.65 tidak bocor. MACD menunjukkan hampir cross dan Stochastic masih berada di bawah 30% oversold yang bermaksud kedua-duanya dalam keadaan yang masih ok dan hanya menunggu momentum untuk menolak harga. Adakah kerana vaksin sudah mula diagihkan bermaksud berakhirnya kegemilangan industri sarung tangan?

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。