TWTR dilihat bergerak dalam trend menurun sejak beberapa bulan dagangan yang lalu setelah gagal bertahan di atas sokongan kritikal
Namun jika diperhatikan pada petunjuk RSI dan histogram MACD harian, terdapat pembentukan divergence kenaikan tersembunyi yang telah terbentuk tatkala harga membuat 'low' yang baharu
Lilin hari sebelumnya juga dilihat telah membentuk 'hammer' menunjukkan kemasukan minat belian
Bagaimanapun, analisa volum mendapat volum hanya berada di sekitar paras purata belian dagangan harian
Analisa selang masa mingguan pula menunjukkan histogram MACD mingguan semakin menaik ke paras positif, tiada divergence dikesan
Harga berkemungkinan akan naik menguji kekuatan rintangan dinamik EMA20 mingguan sebelum menunjukkan niat sebenar
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
免責聲明
這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在
使用條款閱讀更多資訊。