FauziSaham

Wellcall Holding dalam proses uptrend?

看多
MYX:WELLCAL   WELLCALL HOLDINGS BHD
Jika dilihat pada carta mingguan, Wellcal yang merupakan syarikat pembuat Industrial Rubber Hose telah breakout downtrend line.

Bila keadaan ini berlaku, ia biasa ada dua kemungkinan.

1) Harga akan mendatar dan membuat spring/sell off sebelum mula naik

2) Harga akan terus naik atau uptrend.

Jadi untuk tentukan antara dua ini, zon rintangan yang penting perlu diperhatikan ialah 1.14 - 1.19. Sekiranya harga berlegar dalam zon ini, ia ada peluang tinggi untuk membuat kenaikan. Namun untuk lebih kepastian, ia perlu melepasi 1.19 beserta volume. Namun tidak menjadi masalah untuk jika hendak masuk awal iaitu bila lihat harga stabil atas 1.14. Peraturan mudah, pecah sokongan, lari.

Jika dilihat pada moving average (MA). MA50 kelihatan cuba menuju dan melepasi MA200. Sekiranya ianya berjaya membuat penyilangan yang juga menandakan keadaan bullish atau uptrend, harga perlu tutup pada atau lebih tinggi dari MA50 mingguan atau MA200 harian untuk terus kekal berada dalam keadaan uptrend.

Trailing PE = 16.5
EPS = 6.86c
Peer Trailing PE(CHGP) = 31.7
Trailing PE kemuncak pada tahun 2017 yang pernah didagangkan = 23

Sekiranya ia dapat kembali dengan prestasi dagangan yang pernah dia capai dahulu iaitu Trailing PE 23, maka dengan EPS semasa, harga mampu mencapai ~RM3.80
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。