wizoffx

XAUUSD – Teknikal Analisis Minggu 5 (1 – 5 Feb 21)

看多
OANDA:XAUUSD   黃金現貨 / 美元
Emas ( XAUUSD ) kelihatan bersedia untuk harga yang lebih tinggi pada tahun 2021.

Walaupun penurunan yang bermula pada Ogos lalu, pasaran emas ini telah meningkat lebih tinggi sejak 2016.

Malah kejatuhan harga terbaru ini kelihatan positif untuk kenaikkan harga.

Perhatikan corak bull flag yang telah berkembang sejak beberapa bulan yang lepas.

Namun, persoalan besar yang kita semua inginkan jawapan adalah, adakah harga akan bertahan di atas zon support iaitu 1770?

Dengan kata lain, Adakah sekarang masa yang sesuai untuk membeli emas?

Kami tidak boleh dan tidak akan memberitahu anda apa yang anda harus lakukan, tetapi bagi kami support utama emas ialah pada harga 1770.

Melihat pada carta waktu harian jelas kelihatan seperti corak inverse head and shoulder.

Untuk menjayakan corak ini, kenaikkan XAUUSD perlu menutup harga di atas 1960.

Sudah tentu, jika ini berlaku bermakna emas sudah berada di atas saluran menurun hampir sekitar 1930.

Sekiranya corak inverse head and shoulder ini adalah pada jangka masa 4 jam (TF:H4), kenaikkan harga yang dianggarkan adalah pada hampir 2150.

Bagi corak bull flag pula, kenaikkan harga berkemungkinan sehingga 2380 .

Harga ini akan terjadi selagi harga XAUUSD berada di atas 1770.
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。