lemylockhart

6/6/2022 HANYA ADA SEDIKIT PERGERAKAN EMAS

FOREXCOM:XAUUSD   黃金現貨 / 美元
Laporan NFP yang dikeluarkan minggu lepas hanya memberi kesan sementara kepada emas yang masih dalam julat dagangan. Walaupun laporan NFP ternyata lebih baik dari jangkaan, tiada hala tuju jelas dapat dilihat dalam perdagangan emas. Pasaran dijangka menunggu laporan inflasi tahunan AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini sebelum membuat sebarang keputusan jelas dalam dagangan emas.

Dalam carta XAU/USD, dapat dilihat pergerakan emas minggu lepas yang hanya bergerak untuk mencari permintaan daripada mencari arah pergerakan sebenar. Pasaran masih lagi mencari hala tuju melalui laporan-laporan ekonomi yang bakal dikeluarkan. Selagi harga di dalam julat, pasaran masih di dalam keadaan neutral.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。