sahamdanlatte

Ripple (XRP) menjunam teruk akibat disaman SEC

BITFINEX:XRPMYR   None
Saya baru buka akaun Luno, sekadar mencuba-cuba pasaran kripto.
Nampak antara pilihan yang ada, Ripple (XRP) yang harganya agak mampu milik.
Tapi saya sangsi untuk membelinya kerana harga jatuh teruk.

Rupanya XRP disaman oleh Suruhanjaya Syarikat Amerika (SEC) kerana didakwa menawarkan "saham" secara tidak mengikut prosedur.
Tapi eksekutif XRP pula mendakwa SEC tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyaman mereka.
XRP matawang kripto yang ketiga terbesar didunia dari segi market cap, tapi ia berbeza dengan bitcoin dan ethereum kerana tidak melalui proses "mining".

Sementara itu, harga terus tergolek memecahkan paras sokongan MA200, dengan volume yang teramat kuat.
Kemudian ia cuba membuat "comeback" dengan bertenggek di atas MA200.
Cuma trend menurun kelihatan masih kuat, jadi saya mengambil tindakan tunggu dan lihat untuk langkah seterusnya.


免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。