miketiong.95

YONGTAI (MYX:7066) Cubaan mengatasi rintangan pertama?

看多
MYX:YONGTAI   YONG TAI BHD
Dalam carta tersebut, YONGTAI sedang cuba beralih keluar dari peringkat pengumpulan volum(accumulation stage), dan cubaan mengatasi rintangan pertama di paras rintangan hijau (RM0.215) telah berlaku tetapi gagal.

Walaubagaimanapun, kita dapat lihat bahawa terdapat penambahan volum di 29 Okt dan 28 Nov yang jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak peminat kaunter yang cuba melambung naik harga tersebut.

Sementara itu, indikasi Parabolik SAR menunjukkan momentum positif walaupun Bollinger Band masih belum menunjukkan indikasi positif kerana kegagalan mengatasi paras rintangan tersebut.

Justeru, saya yakin bahawa harga kaunter ini akan melambung lambat-laun lagi, dengan pertolongan paras sokongan kuat di garisan hitam (RM0.190)

Sekiranya kedua-dua indikasi bollinger band dan parabolik SAR tukar positif berserta dengan pertambahan volum, kalian boleh cuba masuk kaunter ini dan tp di antara kedua-dua garisan rintangan merah tersebut.

Tapi buat masa ini, kalian monitor dulu. Apabila index KLCI tukar positif dalam jangka masa pendek tersebut, barulah kalian masuk kerana masa itulah peluang untung akan bertambah.

Konklusi? Panjang!
Tetapi, monitor dan tunggu setup carta cantik dulu sebelum masuk.
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。