zulnureen

QES: kemungkinan masa untuk NAIK sudah sampai...

MYX:QES   QES GROUP BERHAD


Di ketika ini saya melihat pada silangan positif Moving averages 10ma yang mendaki atas 20ma, yang mana menjadi petunjuk beli, dari situ siatan lanjut pun di lakukan dengan paras FIBONACCI, dari paras FIBONACCI saya melihat paras 21.5sen menjadi sebagai paras sokongan pada harga QES ketika ini. dan dari paras FIBONACCI ini saya mengandaikan bahawa ada kemungkinan harga QES akan bergerak menuju ke atas berdekatan paras FIBONACCI 50% dan 62% iaitu antara 27sen dan 30sen. Seterusnya saya plotkan carta GANN untuk melihat jika ada kemungkinan kemungkinan untuk melihat pergerakan harga QES di masa hadapan. Di dapati melalui carta GANN, ada kemungkinan bahawa QES akan bergerak naik menuju paras 29sen sebelum bulan Mac.
(mengikut carta GANN, harga QES sepatutnya berada di paras 23.5 pada hari jumaat 18 jan 2019, jika ia benar sedang dalam pergerakan naik)
berikut ini hanya lah untuk tujuan pembelajaran sahaja.
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。