Meem

ABMB: Puncak Berganda?

MYX:ABMB   ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
ABMB dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Lilin terakhir pada hari terakhir dagangan terkini dilihat tutup pada paras harga lebih rendah, enggan melepasi rintangan.
Jika diperhatikan lilin pada selang harian, pembentukan corak carta puncak berganda 'double top' dilihat seakan sedang terbentuk.
Petunjuk RSI pada selang masa harian juga dilihat membentuk 'exaggerated bearish divergence' sekiranya benar corak carta ini terjadi.
Petunjuk volum juga dilihat seakan mengesahkan pembentukan corak carta tersebut dengan volum penyertaan dilihat semakin berkurang ketika harga menguji paras rintangan berbanding volum pada tinggi sebelumnya.
Petunjuk EMA (tidak ditunjukkan) walaubagaimanapun masih belum membuat persilangan dan masih dilihat menghala ke atas.
Harga berkemungkinan akan turun mencari sokongan dalam masa terdekat. Wallahua'lam.

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。