Ajrun_

BTM: Meneruskan untuk Mendatar

MYX:BTM   BTM RESOURCES BHD
Sektor: Mineral Bukan Tenaga
Industri: Produk Keluaran Hutan

1. Analisa Trend

I. BTM mengalami penurunan setelah ia capai harga tertinggi sepanjang 52 minggu diparas harga 0.335 pada 23 Nov 2020.
II. Paras harga "resistance" dan paras harga "support" terkini adalah 0.230 dan 0.210.
III Berdasar carta, kita dapat lihat BTM masih tidak memecahkan garisan "down trendline"
IV. Boleh diperhatikan sekiranya BTM telah berada di atas paras harga 0.230.

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - Garisan EMA9(biru) sudah bersilang keatas garisan MA20(merah). Namun, garisan MA20 sudah ada tanda untuk bersilang kebawah garisan MA50(hitam).

II. RSI - BTM menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

III. MACD - Garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。