DDNK

PERGERAKAN HARGA MEMBERANGSANGKAN BUAT ETSY INC

教育
NASDAQ:ETSY   Etsy, Inc.
Saham Etsy Inc melonjak naik ke paras tertinggi selepas ia berjaya melepasi paras USD70. Pergarakan harga ini telah menghasilkan ("Gap Up" continuation pattern) – memberikan satu petunjuk memberangsangkan bagi sesi-sesi akan datang. Pandangan positif ini disokong oleh "crossover" positif yang dilihat pada indikator MACD (petanda bahawa sentiment pasaran kini positif). Secara teknikal, kenaikan memberangsangkan harga semasa memberikan gambaran yang tinggi untuk nilai saham ini terus meningkat dalam masa terdekat - yang juga disokong oleh perkembangan momentum yang kukuh di atas paras 70 mata (seperti yang dilihat di dalam indikator RSI 14-hari).

"Support" terdekat berada pada paras USD70, diikuti dengan USD64.50. Bagi tahap "resistance", kami tetapkan pada paras USD75, dan seterusnya berada pada paras USD80.
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。