syedasyraf

FPGROUP : Mencari MA 50

看多
MYX:FPGROUP   FOUNDPAC GROUP BERHAD
Sektor: Teknologi, Produk & Perkhidmatan Industri, Bahan Industri, Komponen & Peralatan, Semikonduktor

Analisa Fundamental

- Mempunyai cashflow yang kukuh dan sentiasa mencatatkan keuntungan setiap tahun

- Prospek:
-FPGROUP mengalami momentum pemulihan pesanan jualan daripada Amerika Utara dan Eropah sejak awal tahun 2021.

-Jangkaan separuh tahun kewangan yang dijangka akan pilih secara progresif berdasarkan keadaan makroekonomi semasa berikutan pelancaran vaksinasi COVID-19.

- Board FPGROUP berhati-hati optimis terhadap prospek perniagaan dan yakin bahawa FPGROUP akan mengatasi ribut yang disokong oleh asas kukuh syarikat.

- FPGROUP akan mengekalkan core dan strategi jangka panjangnya untuk fokus pada pengembangan dan kepelbagaian perniagaan, pengembangan produk, serta pengoptimuman proses perniagaan melalui pelaksanaan yang lean di semua operasi dalam organisasi.

Analisa Teknikal

Kita akan melihat pada beberapa perkara:

1. Pembentukan Bullish Divergence (Corak Pembalikan)
Harga saham FPGROUP mengalami penurunan namun MACD menunjukkan pergerakan MACD menaik keatas menunjukkan bahawa momentum belian menguat.

2. Indicator RSI dan MACD yang membentuk higher low telah menunjukkan momentum semasa tidak mampu ditolak ke bawah lagi.

3. Golden Cross MACD. Ini merupakan petanda bahawa saham akan memulakan pergerakan uptrend

Setelah menghadapi tekanan jualan yang tinggi dan siri gap down. Adakah FPGROUP akan melakukan kenaikan semula?

FPGROUP perlu memecahkan rintangan MA 50 dahulu supaya carta ini semakin menarik.

Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan bullish divergence dalam carta untuk tujuan pembelajaran.

Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya

#TAYOR #BAYOR
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。