Meem

KFRC: Tiga Askar Putih?

NASDAQ:KFRC   None
KFORCE, Inc dilihat bergerak dalam trend mendatar mematuhi rintangan garisan trend menurun sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Jika diperhatikan pada hari-hari dagangan sebelum ini, lilin dagangan harian dilihat seakan membentuk corak lilin tiga askar putih
Petunjuk volum juga dilihat semakin menaik tatkala lilin askar putih yang ketiga terbentuk menyokong pergerakan harga
Lilin pada hari dagangan terkini dilihat gagal melepasi garis rintangan menurun dengan tutup di paras yang lebih rendah berbanding pada hari dagangan minggu lalu
Meskipun begitu, volum dilihat kurang tatkala lilin merah terbentuk pada garisan rintangan menunjukkan minat jualan yang kurang kuat
Pergerakan harga walaubagaimanapun dikatakan masih lagi cenderung dalam fasa mendatar selagi mana garisan rintangan belum ditembusi

Ke manakah halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。