Meem

MSFT: Bertahan Di Atas Sokongan

NASDAQ:MSFT   微軟公司
MSFT pada selang masa harian dilihat bertahan di atas sokongan dinamik EMA200

Lilin beberapa hari dagangan yang lalu dilihat membentuk corak 'hammer' berdekatan sokongan kritikal EMA200 harian menunjukkan masih terdapat minat belian yang hadir menentang penurunan harga yang berlaku beberapa hari yang lalu.
Jika dilihat pada selang masa mingguan, harga juga dilihat berada dekat dengan EMA 50 mingguan (tidak ditunjukkan) dengan trend jangka masa panjang dilihat masih lagi cenderung melakukan kenaikan.
RSI harian dilihat sudah berada di atas garisan purata RSI namun masih di bawah paras positif.
Lilin terkini dilihat membentuk jurang kenaikan dengan laporan kewangan dilihat bertindak sebagai pemangkin.
EMA20 harian dilihat bertindak sebagai rintangan terdekat bagi kaunter ini

Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga dapat bertahan dan meneruskan kenaikan daripada jurang yang berlaku

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。