MAAMTraderMuhamadAsrul

ILMU ANALISA TEKNIKAL: Anjakan Fibo, apakah fungsinya?

看多
MYX:MYEG   MY E.G. SERVICES BHD
Anjakan fibo kebiasaannya digunakan sebagai penanda aras zon mengambil keuntungan. Namun, terdapat fungsi kedua iaitu sebagai penanda aras zon-zon untuk harga turun membuat pembetulan sebelum meneruskan kenaikan semula. Kaedahnya, fibo ditarik dari harga tertinggi (ambil kira bayang lilin) hingga ke harga terendah sebelum harga tertinggi. Seperti contoh MYEG, anjakan fibo dari harga RM2.25 hingga RM1.70. Maka kita akan menjangkakan harga turun membuat pembetulan dan memberi ruang kepada pelabur mengambil keuntungan pada entri sebelum ini sehingga paras 23/32/50 anjakan fibo. Pelabur boleh menunggu sehingga harga menguji paras harga tersebut, jika berlaku tolakan harga, maka pelabur boleh mula membuat entri. Paras berhenti rugi (SL) adalah sekiranya harga tutup di bawah para 0 fibo atau RM1.70. Pelabur boleh mengira risiko dan keuntungan sebelum membuat entri. TAYOR

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。