shahidah_sf

PICORP Sedang Membuat Corak Bentuk Cawan & Pemegang

MYX:PICORP   PROGRESSIVE IMPACT CORPORATION
PICORP

Sektor : Industri Produk & Pengkhidmatan
Kategori : Kaunter superpenny
Pencapaian kewangan syarikat : Tidak memberasangkan ( Pendapatan Negatif/dagangan mengalami kerugian)

Analisis Teknikal:

Unjuran Cawan & Pemegang

Picorp dillihat sedang membuat corak kenaikan cawan & pemegang.
Area 'demand' berada pada sekitar 17 sen ke 18.5 sen (neckline).
Harga perlu berada di atas 19 sen untuk membuat unjuran menaik cawan & pemegang.
Unjuran menaik sasaran bagi pedagang 'swing' adalah sekitar harga 30.5 sen iaitu lebih kurang 60 % kenaikan dari harga 18.5 sen (area neckline).
Sekiranya harga gagal bertahan di atas aras 'neckline' harga mungkin turun membuat penurunan corak pemegang.
Jaga sokongan 'neckline' untuk berdagang dengan lebih selamat.

Paparan masa 1 hari:
1. Persilangan emas MACD telah pun berlaku menandakan kenaikan harga yang positif
2. Persilangan emas 2 ( MA 5 bersilang ke atas EMA 20) minat belian bertambah, harga semakin menaik, penggerakan berkadar 'uptrend'
3. Stochrsi sedkit menunduk kemungkinan berlaku sedkit pembetulan sebelum meneruskan kenaikan. StochRsi masih berada di paras 'oversold'
4. Rsi memberi reaksi kepada harga dalam keadaan momentum menaik
5. Candle berehat di atas sokongan gann 19 sen
6. Harga mungkin menurun sedikit ke aras sokongan vwap 18 sen

Harga sokongan 1 : 17 sen
Harga sokongan 2 : 15 sen
Harga rintangan 1 : 21 sen
Harga rintangan 2 : 23 sen

Ini hanyalah sekadar pandangan saya sahaja. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #tayor

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。