shahidah_sf

Qes Sedang Membentuk Cup & Handle!

MYX:QES   QES GROUP BERHAD
1. Qes kini berada di atas EMA 50 petanda strong uptrend.
2. Persilangan golden cross 2 iaitu EMA 7 bersilang di atas EMA 21 telah pun berlaku pada timeframe daily.
3. Qes kini berada di atas support MA 5 (atas MA 5 petanda kaunter trending)
4. Sesuai untuk swing, Qes akan menyiapkan cup & handle dan akan cuba melakukan lebih kurang 18 %
kenaikan dari paras neckline cup & handle (aras neckline pada harga 58 sen) dan akan cuba mencapai target pada harga sekitar 69 sen.
5. Walau bagaimana pun seperti kita sedia maklum chart bergerak secara zig zag , akan berlaku retrace sebelum meneruskan kenaikan. Tanda aras fibo line
boleh dijadikan sebagai rujukan support & resistance .
6. Stoch RSI mendongak petanda momentum sedang bergerak ke atas, timeframe daily masih belum overbought, stoch rsi 80 terbaik untuk harga melonjak lebih tinggi.
Sila hati-hati apabila stoch rsi berada di atas 90 petanda kaunter hampir overbought.

Sila jaga trading plan masing-masing jika Qes tidak berjaya melonjak melepasi 58 sen dan harga mulai jatuh, sila jaga cutloss anda.

Ini hanyalah sekadar pandangan dan kajian chart saya sahaja, bukan buycall, sila kaji dan sediakan trading plan sebelum entry. #TAYOR

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。