Meem

RCECAP: Puncak Berganda?

MYX:RCECAP   RCE CAPITAL BHD
RCECAP beberapa minggu dagangan yang lalu dilihat mencari sokongan setelah harga gagal melepasi rintangan

Jika diperhatikan pada selang masa mingguan, harga dilihat telah membentuk corak carta puncak berganda 'double top' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat mengesahkan pembentukan corak carta ini dengan membentuk 'exaggerated bearish dievergence' ketika puncak kedua terbentuk
Analisa volum juga mendapati jumlah penyertaan semakin berkurang bermula sejak terbentuknya puncak berganda tersebut
Sejak dari itu harga dilihat membuat penurunan dan kini berada di atas paras sokongan dinamik EMA20 mingguan
Sekiranya harga gagal bertahan di atas sokongan, berkemungkinan harga akan terus membuat kejatuhan mencari sokongan seterusnya

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。