FirdausAli

Analisa & Cadangan Dagangan USDCAD

看空
OANDA:USDCAD   美元 / 加元
Analisa Umum Di Daily Time Frame :
1. Trend masih 'bullish' bagi tempoh pendek-sederhana, lihat pada garisan trend pada carta
2. Harga berada di atas EMA250 menyokong pandangan 'bullish' ini
3. Harga menghadapi 'resistance' di paras 'support' di harga 1.30207 dan menjadi Support Become Resistance (SBR) - sila rujuk carta
4. Harga berpeluang untuk tembus ke paras 'resistance' seterusnya jika berjaya menembusi 1.30207 secara solid
5. Manakala, jika gagal, harga mampu untuk turun menguji paras 'support' yang kritikal di 1.27700. Disitu juga terletaknya garisan trend.

Analisa Di H4 - RSIStochastic Advance Trading :
1. Tiada 'confirmation setup' untuk teknik ini
2. Indicator menunjukkan momentum kenaikan sedang berlaku dan belum berada di zon 'overbought' (OB)
3. Jualan pada ketika ini adalah bukan satu pilihan yang baik
4. Pantau setiap 4 Jam jika harga mampu masuk ke dalam zon OB
5. Perhatikan juga paras resistance 1.30302 di H4

Cadangan Dagangan :
1. Tunggu harga melakukan penembusan di atas paras 'resistance' 1.30207 dahulu sebelum membeli
2. BUY limit di paras 'support' 1.27700
3. SELL limit di paras 'resistance' di H4 1.30300 (dagangan berisiko), Stop Loss 50-150 pips
4. SELL jika harga sudah pun memasuki zon OB di H4, Stop Loss Maksima 300 pips

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。